Sunday, May 1, 2011

PETUA ORANG-ORANG LAMA (2)

Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)

Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kalipada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dandiminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

Penawar Resdung

Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut airke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidungdan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelahsampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang kerumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Melicin dan Memerahkan Kulit Muka

Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menegangkan Kulit Muka

Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkanterlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan airsedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka danbiarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulitmuka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

Menyerikan Wajah

Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda.

Menghaluskan Kulit

Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada aktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Menghilangkan Bau Badan

Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Melembutkan Rambut

Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.

Merawat Kulit Berkedut

Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersamasesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskankepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Melentikkan Bulu Mata

Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Melebatkan Rambut

Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dancampurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkansekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dankemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...